Wahai para mujahideen yang sangat-sangat ana kagumi,
Siapalah diri ini untuk mencoretkan warkah nasihat kepada entum kerana ternyata ana insan yang lemah, jahil ilmu, malah kurang amalan jika dibandingkan dengan diri kalian. Wahai Adam, ana ini hanyalah Hawa! Yang lemah fizikalnya berbanding kalian. Kurang pendekatannya pada Robb Agung. Malah hanya peminjam rusuk kiri yang dapat ana rasakan semakin hilang lurusnya. Suatu ketika, bicara entum amat lantang berhujah tentang Islam, agama Allah. Gerak langkah entum kelihatannya laju menuju rumah Allah. Kalam-kalam nasihat entum sungguh berbutir hikmah. Daya kepimpinan entum terserlah, terselit tegasnya. Sebenarnya, ana amat mengagumi itu semua dalam diam-diam. Kerana ana juga mempunyai semangat ruhiyyah yang menebal, kuat dan cekal.
Ana begitu yakin bahawa entum bakal dilahirkan sebagai pemimpin-pemimpin yang mempunyai nilai-nilai deen dalam diri. Entum akan melahirkan lebih ramai lagi generasi-generasi al-Qur'an dengan semangat juang kalian itu. Entum berfungsi sebagai jentera penggerak dakwah Islamiyyah. Entum jugalah pentarbiyyah, murobbi ummah. Entum yang sentiasa berusaha melaksanakan amar ma'ruf wa nahi 'anil munkar di kala ummah makin hilang akhlaq, iman dan aqidah. Entum sekalian yang bergerak dalam wasilah jemaah. Tidak mungkin pernah berputus asa menyahut seruan jihad fisabilillah. Entum lah yang bakal menjadi penyelamat dan penasihat Hawa yang semakin hari semakin hilang serinya. Entum peneraju sirah Rasulullah s.a.w, terus membimbing ummah di kala mereka makin hilang arah tujunya. Allahu Akbar! Segala-galanya entum. Sedarlah! Betapa besarnya harapan ana saat itu!
Pertanyaan demi pertanyaan, menimbulkan konflik diri. Terpaan hidayah daripada Penciptakah atau ia sekadar ujian untuk ana? Ana mula sangsi pada pancaindera sendiri. Oh, tidak! Ana bukannya separuh sedar ataupun sedang bermimpi. Sedaya upaya ana nafikan kebenarannya kerana ana begitu yakin kepada entum semua. Pada agama kalian! Namun, secara tiba-tiba, tanpa dipaksa-paksa berlinang air mata ini kerana biar puas ana nafikan, tetap juga punah harapan yang pernah tersimpan. Mengenangkan diri kalian yang hilang pedoman dan arah tuju daripada perjuangan sebenar. Kerana cinta ajnabi, terlalai dan terleka. Makin ana terfikir sedalam-dalamnya, wajarkah cinta yang dibina itu?! Ataupun ana yang tersalah pegangan? Kembali ana mengimbau sejarah dan sirah. Kembali ana mentadabbur warkah cinta Ilahi. Tiada yang halal kecuali jalan yang syarie iaitu perkahwinan. Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah".
Pipi ini terus lencun disiram mutiara kesal. Bimbang kelak tiada lagi generasi Islam yang bakal terlahir. Sungguh! Diri ini bimbang! Ana bimbang, duhai sahabat-sahabat sekalian! Kelak, akan lahir para da'ie yang mentarbiyyah adalah daripada benih-benih yang tidak berkualiti. Kerana sesungguhnya, ternyata di akhir zaman ini, orang yang akan meminpin, hanyalah golongan juhala' yang langsung tidak mengenal agama. Andai kalian yang ana kenal dahulu adalah insan-insan yang penuh berwibawa dalam memimpin, tetapi kini semakin menyimpang arah tuju dan semakin hilang bayangnya daripada perjuangan ini, siapakah lagi yang bakal meneruskan aksara perjuangan Rasulullah s.a.w?
Ana bimbang, wahai al-Umara'! Orang-orang yang mentarbiyyah adalah dalam kalangan orang-orang yang makin kelam hatinya. Yang penampilan luarannya, Subhanallah! Berkopiah, berserban dan berjubah. Sejuk mata memandang. Namun hakikatnya, di sebalik tabir, penuh dengan noda yang tidak disucikan. Satu persoalan, mungkinkah seseorang yang berhati kelam akan menyucikan hati-hati kelam yang lain?! Hati yang mati tidak akan mampu menghidupkan hati-hati yang lain. Ana menangis lagi..

Pejuang-pejuang harapan ummah sekalian,
Sedarlah bahawa Syaitan dan Iblis itu mempunyai rencananya yang tersendiri. Yang nyata haramnya, disamarkan agar minda dan fikiran kalian membenarkan dan menghalalkan segala yang haram. Jelas terang, entum adalah syabab-syabab yang mempunyai benih agama dalam diri. Generasi penterjemah al-Qur'an. Kader-kader dakwah yang bakal mentarbiyyah seantero ummah. Sedarlah! Sesungguhnya, semakin kuat diri kalian mendekati Pencipta, makin kuatlah pula Syaitan yang datang menghasut. Semakin kreatif mereka mencipta rencana. Membuatkan entum leka daripada perjuangan ini.
Celiklah, wahai jundullah sekalian! Kadangkala, dalam menghalalkan perhubungan, secara tanpa sedar, agama telah kalian pergunakan sebagai pengantara diri dengan 'si dia'. Tazkirah dan mutiara hikmah dihulur, sebagai tazkiyatunnafs. Qiam suci dan murni yang selayaknya untuk Allah, kalian jadikan ia sebagai pengantara di pagi hari. Meeting, liqo', syuro dan segala program-program dalam gerak kerja jemaah sebagai wasilah antara kalian dengannya. Betapa kreatifnya Syaitan menjadikan hal itu semua begitu istimewa sehingga berjaya menutup khilaf kalian. Ana bimbang bahawa akan makin kelamlah hati-hati kalian nanti, wahai para mujahideen! Ana menangis lagi..
.............................................
(Bersambung lagi)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan