24 September 2010

"Memang ana akan ke Nilai, sahabat.. You are never alone there! Enti patut tahu yang Nilai dan kenangan saiful Nilai tak akan pernah luput dari ingatan ni.. Ana rindu masa bersama kita semua.. Di situ kita bangun mengorak langkah dan menyusun tarbiyyah.. Alhamdulillah! Masih lagi punya generasi penyambung rantai perjuangan kita.. Bangun, sahabat! Develop izzah diri! Ana yakin dengan enti. Takbir!"  ~Sahabat baik, Masthura

Mesej ni masih setia tersimpan di dalam inbox handset ana walaupun sudah berusia lebih setahun. Ana menangis sepanjang malam sedang asyik meneliti satu persatu mesej-mesej. Rindu yang teramat sangat pada sahabat-sahabat sejak akhir-akhir ni. Asyik bermimpikan entunna. Hati ana cukup sayu apabila mengimbau kembali segala kenangan pahit manis dan suka duka sebuah episod perjuangan di bumi bertuah Nilai yang gersang.


Saat pertama kali menginjakkan kaki, ana sedikit mempertikaikan keberadaan ana di bumi itu. Cukup untuk ana katakan bahawa Nilai jauh naif dan dhoif jika dibandingkan dengan bumi Gombak. Sangat banyak kekurangan dari sudut kemudahan. Juga kelemahan dari sudut pengurusan pentadbiran.



Namun, Nilai bagi ana, secara jujurnya, merupakan suatu tempat yang cukup istimewa di hati ini kerana di situ terselitnya sebuah memori yang tidak mungkin ana lupakan. Di situlah bermulanya ana belajar mengenal apa itu jemaah. Di situlah ana memahami dan mendalami erti perjuangan sebenar. Malah, di situ jugalah tempat ana betul-betul serius mencari identiti diri sebenar serta mengenalpasti potensi diri ini dalam perjalanan meniti usia dewasa.


............................
(Bersambung)

Tiada ulasan:

Sahabat