Hati ana terdetik bangga apabila ada dalam kalangan entum yang bingkas berdiri menawarkan diri untuk menyampaikan sedikit tazkiyatun an-nafs. Bangga akan keberanian entum semua. Moga entum juga akan menjadi insan-insan terawal yang menawarkan diri untuk berjihad di jalan Allah. Lantang suara-suara kalian berhujah dengan hadith-hadith dan ayat-ayat al-Qur'an. Semangat kental yang ana rasakan telah menerobos ke hati-hati yang getir mendengarnya. Begitu juga dengan hati ana saat itu. Hati-hati makin tersentuh dan menetapkan keazaman untuk terus berusaha menyucikan hati dengan taubat nasuha.
Sem demi sem berlalu. Dedaunan kering sudah pun gugur. Rama-rama sudah bebas dari kepompongnya. Embun menitis di subuh hari disejat mentari berulang-ulang hari demi hari. Fitrah manusia itu leka dan alpa. Kita dekat tapi jauh. Walaupun kita tidak mempunyai apa-apa hubungan, namun kita masih diikat dengan satu ikatan iaitu ikatan aqidah. Tetapi ketahuilah, hati ana agak pedih, meruntun hiba. Kerana apa ana berkata sedemikian? Entum terjebak dengan fitnah dunia. Sesungguhnya, wanita itu fitnah yang berbahaya di akhir zaman. Benar hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi "Tidak aku takuti fitnah yang lebih besar di akhir zaman ini menimpa ke atas kaum laki-laki melainkan ianya berpunca daripada wanita." Entah mengapa laju air mata ini terus-menerus menitis.
......................................
(Bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan