Hari
itu, aku mengikuti perhimpunan sufi yang diadakan di Hadhramaut, Tareem, Yaman. Ada
ahli sufi yang datang terbang, ada yang berjalan di atas air, ada yang
tiba-tiba di hadapan mata, ada yang naik kereta, tidak kurang juga
yang naik kapal terbang, malah ada yang naik helikopter peribadi. Watak
dan karakter mereka semuanya berbeza. Masih ada yang mengenakan pakaian
bulu yang kasar, ada yang memakai jubah dan serban yang besar, berkopiah
tajam, ada yang berjanggut panjang dan lebat, malah ada juga yang berkot dan memakai
tali leher.
Hari itu sangat menyeronokkan. Ma’ruf al-Karkhi turut hadir membentangkan kertas kerja berkaitan konsep Dzuq dan Fana’. Siapa yang tidak gembira apabila dapat bertemu dengan seorang ahli sufi sesoleh beliau. Rabi’ah al-Adawiyah turut membentangkan kertas kerja berkaitan ke arah membentuk golongan sufi wanita dalam memartabatkan maruah wanita yang kian tercemar. Beliau bukan sahaja akan mengupas soal keruntuhan tamadun terdahulu apabila meminggirkan wanita, malah beliau akan mengemukakan hasil kajian dan analisis terbaru beliau terhadap emansipasi wanita di negara-negara Eropah. Ia pastinya sangat menarik.
Aku juga menantikan pembentangan daripada al-Ghazali berkaitan menghidupkan hati yang sudah lama kekeringan dengan rasa takut dan cintakan Allah. Masing-masing daripada kalangan mereka semuanya membentangkan kertas kerja bersesuaian dengan kekuatan masing-masing. Rasanya aku kerdil sekali. Apatah lagi melihat Abu Yazid al-Bustami dan Tok Kenali yang tidak memakai selipar kerana tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah, aku menjadi semakin kerdil. Wajah Zun Nun al-Misri sangat bersih dan bercahaya membuatkan aku jatuh cinta menatap wajahnya. Ya, hasil simbahan iman kepada Allah, ruku’ dan sujud yang tidak henti-henti.
Sang pujangga tersohor, Abdullah bin al-Mubarak juga datang bersama sahabat akrabnya, Fudhail bin ‘Iyad. Aku juga sangat seronok melihat Hassan al-Banna dan Umar al-Telmisani juga datang dalam perbincangan kali ini. Ternyata perhimpunan dan multaqa’ sufi kali ini dihadiri oleh orang-orang yang hebat dari seluruh dunia. Malah paling menggembirakan aku apabila bertemu dengan moyang aku sendiri, Tok Pulai Chondong. Beliau yang terkenal dengan kependekaran itu sangat tegap badannya. Aku memeluknya erat seraya mencium tangan dan pipinya berkali-kali. Dia memeluk aku semacam aku anak kecil yang rindukan belaiannya. “Tok, saya rindukan atuk,” luah aku keanak-anakan.
Aku sangat tertarik mendengar penghuraian konsep mahabbatullah yang disebut oleh guru sufi, Junaid al-Baghdadi. Hassan al-Basri yang sentiasa berwajah pucat kerana takutkan Allah menangis tidak henti-henti. Air mata mengalir dari semua kolam mata mereka. Aku lihat dengan jelas sekali garisan putih di bawah pipi Ibrahim al-Nakhaei kerana terlalu banyak menangis dek takut dan rindukan Allah.
“Hamba yang cinta kepada Allah adalah hamba yang menyahkan hawa nafsunya, tidak putus-putus berzikir kepada Tuhannya, mendirikan hak-hak Allah, melihat Allah dengan mata hati. Sekiranya ia berbicara, ia berbicara dengan Tuhannya. Sekiranya ia bercakap, ia bercakap tentang Allah. Sekiranya ia bergerak, ia bergerak atas perintah daripada Allah dan sekiranya ia senyap, ia bersama-sama Allah. Ia di sisi Allah, untuk Allah, dan bersama Allah,” kupas al-Baghdadi sambil menundukkan mukanya dan menangis teresak-esak. Aku turut sebak bila mengingatkan diriku yang jauh daripada Allah. Seketika, suasana bising dengan bunyi esakan. Al-Baghdadi berhenti daripada berbicara. Beliau kelihatan sungguh-sungguh menangis.
Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

Abdullah
bin al-Mubarak juga membentangkan kertas kerja 'Peranan Sufi dalam
Membebaskan Dunia Islam daripada Cengkaman Barat'. Beliau yang terkenal
dengan syair terhadap Fudhail bin ‘Iyad menggariskan beberapa perkara
penting yang harus diperkasakan. Antaranya menanamkan semula semangat
jihad dalam kalangan umat Islam. Beliau turut memberikan pujian
sekadarnya kepada Hassan al-Banna yang berjaya menubuhkan gerakan Islam
yang berjaya menggerunkan pihak Barat dan Yahudi. Dalam sesi soal jawab,
Sheikh Ahmad Deedat memperingatkan akan peri pentingnya ahli audi memahami
skill berdakwah dalam menarik golongan yang anti-Islam termasuklah
golongan Liberalis dan Orientalis.
Dalam pertemuan itu, aku mengambil kesempatan bertemu dengan sufi wanita Rabi’ah al-Adawiyah. Ketika itu beliau sedang berbincang dengan Malik bin Dinar berkenaan dengan ajaran sufi yang semakin disesatkan dengan pemikiran yang dangkal. Malik bin Anas mencelah di tengah-tengah dengan menyebut, "Barangsiapa yang mempelajari syariah tetapi tidak belajar hakikat, maka ia fasiq. Barangsiapa yang sebaliknya adalah zindiq". Aku meminta Rabi’ah, masa hanya lima minit untuk bertanyakan pandangannya tentang mahabbatullah.
Ringkas sahaja beliau menjawab. “Beramallah kerana Allah, bukan kerana Syurga dan Neraka. Wahai anakku, jika engkau melihat aku sedang berbicara dengan engkau sekarang, maka ketahuilah bahawa hati sedang gering dalam merindui Allah, sang Pencipta. Hanya jasadku berbicara denganmu, sedangkan hati aku melayang ke langit sana sedang bertemu sang Kekasih.” Aku terkesima mendengar nasihatnya yang cukup tajam.
Ibn ‘Ataillah juga diberi penghormatan untuk mendiskusikan karyanya, al-Hikam. Aku sangat terkesan apabila beliau menyebut, "Kita bersyukur kepada Allah kerana telah melindungi aib kita daripada diketahui orang ramai. Jika Allah tidak menutup aib kita, pasti orang tidak akan hormat dengan kita. Maka, apabila ada orang memuji kita, maka kita kembalikan pujian itu kepada Allah yang tidak mendedahkan kelemahan-kelemahan kita". Mendengar sahaja kupasan yang sangat mendalam itu, Zun Nun al-Misri dan Abu Yazib al-Bustami terus pengsan. Suara tangisan semakin membingitkan suasana. Aku turut menangis melihat suasana begitu. Hati mereka sangat bersih dan mudah sekali tersentuh. Ia berbeza sama sekali dengan hati aku yang berkarat dan hitam dengan kotoran dosa yang sukar dibersihkan.
“Tuan Guru, bagaimana ana mesti membersihkan diri ana?” aku bertanya kepada Sufyan al-Thauri. Beliau menundukkan wajahnya sambil menangis seraya berkata, “Wahai anakku, lebih baik engkau bertemu dengan Yahya bin Ma’in kerana ia lebih baik berbanding aku. Bagaimana orang yang berkarat hati ingin membersihkan hati orang lain, bukankah ini yang disebut oleh Ramadhan al-Buti?” aku sekali lagi terpegun. Sampai begitu sekali tawadhu’nya mahaguru sufi yang tersohor itu. Ya, siapa yang tidak kenal Sufyan al-Thauri yang faqih lagi zahid. Aku teringat Sa’id Hawwa menjelaskan, "Jadilah orang faqih yang zahid, bukan orang zahid yang faqih".
Tiba-tiba majlis gempar. Rupa-rupanya Abdullah bin Mas’ud RA, sahabat nabi yang besar dijemput sama dalam majlis ini untuk memberikan ucapan perasmian. Beliau ditemani mahaguru besar kami, Sheikh Abdul Qadir al-Jailani. Beliau membacakan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh tentang kenikmatan Syurga dan kedahsyatan Neraka. Suaranya merdu sekali. Sekali lagi, suasana jadi khali, dan hati menjadi khalis.

Kata
Ibn Mas’ud RA, “Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis
para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika
hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di
waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka
berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain,” ujar Ibn
Mas’ud RA sambil merasmikan majlis pada hari ini.
Aku terus menangis dan menangis. Sudah lama aku kekeringan air mata. Aku berjaga malam untuk PilihanRaya Kampus, tetapi aku tidak bertahajud. Aku kuat berjuang, tetapi aku kurang membaca al-Quran. Aku banyak berceramah, tetapi aku kurang berzikir. Aku kuat berjihad menegakkan Islam, tetapi aku sendiri kontang dan kering dengan ilmu. Aku hanya pandai bercakap, tetapi tidak berbuat. Aku banyak melakukan maksiat, tetapi aku tidak bertaubat. Aku hanya pandai amar ma’ruf, tetapi Subuh pun banyak yang aku lewat. Aku bercakap soal ikhlas, tetapi riya’ dan ujub menguasai diri.
Dan aku terus menangis sebelum tiba-tiba sahaja semua ahli sufi menghilangkan diri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan