Bermula kalungan doa pada sang mentari yang bakal berlabuh di ufuk langit.. Kedengaran suara beburung berterbangan pergi.. Pulang membawa secebis rezeki.. Tika itu, awan yang memutih mula berubah.. Seolah-olah turut sama mengikut rentak sang mentari.. Di manakah angin yang membawa khabar gembira itu menghilang? Aku menantikan angin itu meniup kembali deruan murni.. Namun, angin itu tidak akan lagi meniupkan deruannya pada pepohon.. Pepohon yang selalu melambaikan senyuman.. Tanda angin itu sudah berubah arah.. Makin jauh menghilang.. Kian hilang dari pandangan.. Sang mentari pula bakal bertemu lautan yang bisa menenggelamkan rona cahayanya.. Meninggalkan lantunan panorama yang terbias indah.. Kenapa sang mentari tidak mahu menyinar lebih lama lagi? Bukankah Allah masih memberikannya peluang untuk pergi jauh? Adakah dengan biasan cahayanya itu mampu memberi kebahagiaan pada semua yang menatapnya?
Aku mula meneropong jauh ke dalam pantai sambil memeluk erat al-Qur’an al-muyassar itu ke dadaku, istimewa pemberian daripada sahabat baikku.. Memikirkan diri yang kian rapuh dengan dugaan Rabb.. Ujian yang datang bertimpa-timpa.. Adakah perlu aku persoalkan keadilan Tuhan? Sedangkan Dialah ALLAH, Tuhan yang Maha Adil pada hamba-hambaNya.. Bahkan Dia tidak sekali-kali menzalimi sekalian makhlukNya..
Deru ombak.. Pecah berderai.. Mengulang pantai datang dan pergi.. Begitulah jua situasi hati seorang manusia.. Lestari sebuah kebahagian tetapi Allah jualah sebaik-baik Perancang.. Benar, Allahlah sebaik-baik Perancang.. Apakah wasilah yang perlu kuharungi untuk mencapai sang mentari itu? Agar ia mampu memahami akan maksudku? Walau kutahu mungkin sudah terlambat.. Mungkin aku hanya mampu merenung jauh menikmati panorama biasan cahaya dengan lautan.. Aku sudah berusaha.. Mungkin belum kuat lagi.. Mungkin belum mampu melangkah lebih pantas.. Aku hanya mampu berdoa dari jauh.. Kerana kutahu doa itu adalah senjata buat mu’min..Yang mampu mengubah setiap takdir Tuhan, dengan izinNya..
Aku menatap pepasir di tepi pantai.. Adakah dosaku seperti ini ya Allah? Sebanyak pepasir di pantai? Aku berusaha menjadi hambaMu.. Kekadang aku jatuh tersungkur.. Namun kucuba bangun kembali ya Allah.. Aku tidak akan membiarkan permainan dunia meracuni tangkai hatiku.. Kerana aku sudah infaqkan jiwa ragaku padaMu.. Cuma, ampunikanlah aku jika kekadang aku mengeluh.. Bukan kerana tidak tahan ujian.. Tetapi kerana penat memiliki kekuatan yang sedikit dalam berjuang..
Aku menatap pepasir di tepi pantai.. Adakah dosaku seperti ini ya Allah? Sebanyak pepasir di pantai? Aku berusaha menjadi hambaMu.. Kekadang aku jatuh tersungkur.. Namun kucuba bangun kembali ya Allah.. Aku tidak akan membiarkan permainan dunia meracuni tangkai hatiku.. Kerana aku sudah infaqkan jiwa ragaku padaMu.. Cuma, ampunikanlah aku jika kekadang aku mengeluh.. Bukan kerana tidak tahan ujian.. Tetapi kerana penat memiliki kekuatan yang sedikit dalam berjuang..
Saat aku menjengah ke arah kaki langit.. Baru kutersedar.. Sang rembulan bakal menginjak naik.. Tunggu dulu duhai rembulan.. Biarlah aku menatap dulu sang mentari.. Tanpa biasan dari lautan itu.. Walau untuk sedetik masa.. Supaya ia tetap menyinar cahayanya.. Seperti yang direncanakan Allah padanya.. Sehinggalah tiba masa yang sesuai.. Kerana aku mahu matahari itu tersergam di dada langit.. Membawa berita gembira buatku.. Dan buat insan yang lain juga.. Wallahu'alam!
Nukilan teristimewa daripada seorang sahabat baik ana yang paling akrab,Srikandi Abu Bakar, Bachelor of Arabic, IIUM.
Diposting semula pada,
Jumaat, 8 Zulhijjah 1432H
6.45 petang
Mahallah Asiah, UIA Gombak



2 Komentar:
:)
Subhanallah...
Catat Ulasan