Jika engkau masih belum mempunyai ilmu,
hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang TUHAN!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNYA!
Jika engkau masih belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetapkanlah persembahkan doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan itu!
Kerana TUHAN, dengan rahmatNYA akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai TUHAN,
maka kurangilah ia menjadi sembilan puluh sembilan sahaja!
Begitulah caranya!
Wahai musafir!
Biarpun telah seratus kali engkau mengingkari janji-janji,
ayuhlah datang!
Dan datanglah lagi!
Kerana TUHAN telah berfirman;
"Ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terperuk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKU!
Kerana AKUlah jalan itu."
4 ulasan:
mengejar cinta DIA.
:)
ana pun ckp takut kalau2 saluran yg sepatutnya dibina kepadaNya, melencong ke tempat lain yg xsepatutnya..
tp tetap lemah iman..
ALLAHU RABBI..
aku insan yg lemah.. ~_~
wahai Tuhan selamatkan kami dari segala kejahatan dan kecelakaan.. :'(
Catat Ulasan