29 November 2010

Hakikat Hikmah (al-Hikam)

ALHAMDULILLAH! Tuhan yang mengisi hati para walinya dengan kasih sayang, mengistimewakan jiwa mereka dengan memperhatikan kebesaran-NYA dan mempersiapkan sir mereka untuk menerima bahan ma'rifat-NYA. Hati nurani mereka merasa bersuka-ria dalam kebun ma'rifat-NYA dan roh mereka bergembira di alam malakut-NYA, sedang sir mereka berenang di lautan jabarut. Dengan itu, terbiaslah dari alam fikiran mereka berbagai-bagai permata ilmu dan keluarlah dari lidah mereka pelbagai mutiara hikmah. SUBHANALLAH! Antara salik dan majdzub, mereka tenggelam dalam cinta zat-NYA dan timbul kembali kerana memperhatikan sifat-NYA. Selawat dan salam atas junjungan kita, Nabi Muhammad, sumber daripada segala ilmu dan nur, juga bibit daripada semua ma'rifat dan sir. Semoga Allah meredhoi ahl al-Bait Baginda dan para sahabatnya yang tetap taat mengikuti jejak langkahnya. Ameen!

Syukur! Betapa gembiranya hati ini tidak dapat digambarkan kerana hari ini ana didatangkan lagi dengan pemberian hadiah yang sangat-sangat berharga, kitab al-Hikam Syeikh Ibn Atho'illah al-Iskandary. ALLAHUAKBAR! Inilah satu-satunya kitab yang sangat mantap ajaran tauhidnya, sehingga tampak benar bahawa ia berupa ilmu ladunni dan rahsia quddus. Semalaman, ana membelek-belek isi kandungan kitab ini. Memang benar, uslub ketertiban bahasanya yang sangat tinggi itu agak sukar untuk difahami. Malah, menimbulkan bahaya jika tiada asas tauhid yang kukuh dalam diri. Ana terduduk menangis keseorangan. Rasa kebingungan melanda seolah-olah seperti hilang punca diri. Sungguh, ana tidak mampu untuk menyingkap tabir rahsia kalam ilmu Tuhan. Betapa hati ini sangat kotor disebabkan oleh banyaknya timbunan maksiat yang dilakukan. Dan mungkin juga hati ini telah terhijab daripada ditembusi pancaran nur Ilahi dek kejelekkan nafsu yang rakus. ASTAGHFIRULLAH!

Kerapkali terngiang-ngiang pesanan abah kepada kami adik-beradik; "Dah sangat banyak kali abah ingatkan supaya menghabiskan pembacaan terjemahan al-Qur'an, setelah itu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim agar mendapat petunjuk yang murni dan berupaya menjana semangat dan jiwa dalam keadaan hidup ini.. Abah merayu pada anak-anak abah semua! Kalau boleh, jangan jadikan permintaan abah ini sebagai wasiat! Maksudnya, baru kalian nak laksanakannya selepas abah meninggal dunia.. Abah sentiasa pantau blog kalian, abang long; http://nahdatulqalam.blogspot.com/ , abang Im; http://akuhamkha.blogspot.com/  dan kakak.. Abah dapati perlu sangat banyak pengisian untuk kuatkan roh atau jiwa.. Dengan membaca terjemahan al-Qur'an dan Hadith, kalian akan diberi kunci pintu khazanah ilmu supaya dapat menulis, berjuang dan beramal dengan mantap.. Keturunan kita memang pendakwah dan penulis kitab-kitab handal.. Tetapi ingatlah! Walau darah Ahlulbait Rasulullah sekalipun, sebenarnya hanya taqwa yang dinilai Allah.. Abah akan pandu belajar makrifat.. Tiba-tiba nanti semua anak-anak abah akan menjadi pemimpin zahir dan batin yang serba kecukupan di sisi Allah jikalau ikhlas.. Jadikanlah Syaitan sebagai musuh utama kita dan kenallah ia sebagai musuh nyata walaupun ia ghoib tidak nampak.. Jangan takut sebab Tuhan dah jamin, kita tidak dapat dikalahkan Syaitan jika kita tawakal berserah kepada Allah.. Ayuh, apa yang ditunggu lagi! http://tunsheikh.blogspot.com/  Jangan sia-siakan bakat terpuji ini! Jangan menulis dengan bisikan ghairah nafsu tetapi berlatihlah dengan fikrah syarak! Abah akan berikan sesuatu istimewa untuk anak dara abah ini yang bakal menjadi motivator dan pembentuk pejuang-pejuang rabbani.." Syukran jiddan ya abi murobbi!

Tiada ulasan:

Sahabat